Friday, September 24, 2004

Iraq : 15 Helikopter Musnah dan 20 Tentera Amerika Dibunuh

BAGHDAD, 13/9/2004 – Massej Online – Pejuang-pejuang Iraq telah berjaya memusnahkan 15 buah helikopter yang berada di hangarnya di Pangkalan Al-Habbaniah, bandar Ar-Ramadi dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang tentera Amerika di dalam dua serangan lain yang dilancarkan di ibu negara Baghdad dan bandar Al-Khalidiah yang terletak di antara Al-Fallujah dan Ar-Ramadi, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Quds Press.

Sumber terdekat kepada para pejuang Iraq berkata kepada Quds Press pada hari Ahad 12/9/2004, "Serangan peluru perpandu yang mensasarkan Pangkalan Al-Habbaniah telah menyebabkan kemusnahan dan kerosakan 15 buah helikopter tentera Amerika di antaranya helikopter dari jenis Appache, DC5 dan C120.

Sumber itu menambah, serangan tersebut berlaku pada pagi hari Sabtu 11/9/2004 dan api masih terus menyala di Pangakalan tentera Amerika sehingga petang hari tersebut. Kejadian ini telah membantu sebahagian rakyat Iraq yang bekerja di pangkalan tersebut untuk mengetahui perincian serangan dan kemusnahan yang melanda pangkalan itu.

Menurut sumber-sumber Iraq, selepas serangan tersebut tentera Amerika telah menukarkan kesemua rakyat Iraq yang bekerja di pangkalan itu kerana mereka telah meyeludup – sepertimana dakwaan pihak Amerika – maklumat ketenteraan kepada para pejuang Iraq.

Pangkalan Al-Habbaniah itu juga sekali lagi diserang pada malam sabtu dengan mortar Hawn dan peluru perpandu RBG yang telah menyebabkan kemusnahan Depot simpanan minyak sehingga api menyala di pangkalan itu.

Pembunuhan 20 orang tentera Amerika

Pada perkembangan yang sama, para saksi berkata kepada Quds Press "Satu serangan yang mensasarkan konvoi tentera Amerika yang melalui berdekatan Al-Khalidiah di antara Al-Fallujah dan Ar-Ramadi pada petang hari Sabtu, di mana anggota-anggota tentera Amerika melihat bahan letupan di atas jalan. Sebahagian daripada mereka telah cuba mendekati bahan letupan itu dan cuba mematikannya, bagaimanapun bom itu telah ditanam secara zahir bagi menyembunyikan bahan letupan lain yang lebih kuat di bawahnya yang telah meletupkan tentera Amerika dan membunuh sebahagian daripada mereka.

Letupan tersebut diikuti – menurut para saksi – dengan serangan bertubi-tubi menggunakan senjata pertengahan dan ringan yang telah menyebabkan kemusnahan dua buah kenderaan Hamfy dan membunuh kesemua yang berada di dalamnya, bilangan tentera Amerika yang terbunuh mencapai sehingga 14 orang termasuk kecederaan beberapa orang yang lain. Tentera Amerika juga bertempur dengan pejuang Iraq dan helikopter Amerika terbang berlegar di atas tempat kejadian dan kesemua jalan-jalan yang menuju ke tempat letupan telah ditutup.

Manakala di Baghdad 3 orang tentera Amerika terbunuh di dalam satu perangkap bom yang mensasarkan konvoi tentera Amerika yang berjalan berdekatan Pusat pasar di Hayyu Al-Amil pada hari Ahad dan telah menyebabkan kerosakan dua buah kereta Hamer.

Konvoi tentera Amerika di kawasan As-Saidiyyah juga diserang hendap dengan peluru perpandu yang mensasarkan kereta kebal Amerika dari jenis Abraham. Serangan tersebut telah menyebabkan kemusnahan kereta kebal Amerika sepenuhnya dan 3 orang anak kabin di dalamnya. Serangan ini mendorong tentera Amerika melepaskan tembakan secara rambang ke arah sebahagian kereta yang berdekatan dengan tempat serangan dan menyebabkan kerosakan sebahagian daripadanya.

Serangan ini dilancarkan pada ketika bandar-bandar Iraq menyaksikan peningkatan besar serangan oleh pejuang-pejuang Iraq, terutamanya di kawasan-kawasan tengah dan barat Iraq di mana tempat aktifnya para pejuang Iraq.

Serangan Dahsyat

Kompleks Amerika di kawasan Al-Kahdra' yang terletak di pinggir utara Baghdad telah diserang yang dianggap sebagai di antara serangan yang dahsyat semenjak sekian lama di mana roket-roket hawn menghujani kompleks tersebut melebih sejam.

Menurut para saksi, serangan itu dilancarkan sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan) hari Ahad ketika lebih 20 roket Hawn digugurkan ke atas kawasan al-khadra'. Kepulan-kepulan asap kelihatan naik dari tempat kejadian. Bunyi siren ambulens juga kedengaran bergegas menuju ke tempat kejadian, manakala helikopter Amerika berlegar di ruang udara Baghdad.

Menurut perakuan para saksi, suasana panik menguasai tentera Amerika yang tidak menyangka serangan yang sebegitu dahsyat.

Kawasan Al-Khadra mengandungi bangunan dan ibu pejabat Kerajaan Iraq yang ditentukan di bawah penyeliaan Washington, dan juga terdapat ibu pejabat- ibu pejabat kedutaan asing di antaranya kedutaan Amerika dan Britain di samping Markas tentera Amerika.


Kiriman: Abu_Eizzat pada Isnin, 13 September, 2004 - 02:13 PM EST

No comments: